Sabtu, 22 Oktober 2011

kenali diri

~kerana itu aku~
Apa yang kau tahu belum tentu aku tak tahu. Cuma bila kau beritahu, aku buat-buat macam tak tahu walau sebenarnya aku tahu. Kerana itu aku.Apa yang kau ada belum tentu aku tak ada. Cuma bila kau beritahu kau ada ini dan itu, aku buat-buat bagai aku memang tiada. Kerana itu akuApa yang kau cerita pasal orang lain belum tentu aku tak tahu. Tapi aku buat-buat baru tahu semata-mata nak menjaga hati kau seorang yang suka mengumpat. Kerana itu aku.Apa yang kau cerita pasal aku dekat orang lain belum tentu aku tak tahu. Tapi aku buat-buat tak tahu kerana aku bukan jenis manusia talam dua muka seperti kamu. Kerana itu aku.Sebuah entri pendek ikhlas dari hati. Dari pengalaman hidup yang menyakitkan. Aku bukan sempurna cuma aku tahu bagaimana ingin menjadi manusia yang sempurna dan aku cuba sedaya untuk menjadi itu. Kerana itu aku..hahaks